Penerbitan Album Semula Padaku

Album Semula Padaku ini diterbitkan oleh Suria Records (SRC) dan memuatkan 12 lagu, termasuk sebuah lagu lama iaitu Sejarah Mungkin Berulang dalam versi orkestra sebagai lagu bonus.

Bagi penghasilan album ini, 90 peratus penghasilan album kali ini dilakukan oleh anggota kumpulan New Boyz sendiri, hasil kerjasama dengan Zulkefli Majid (Zul) dan Alfa Booty Kesuma. Anggota kumpulan New Boyz turut bertindak selaku penerbit, hasil pengalaman hampir 10 tahun berkecimpung dalam industri muzik yang menjadikan mereka berasa lebih yakin untuk menghasilkan produk hasil sentuhan mereka sendiri.

Album ini banyak memuatkan lagu-lagu hasil ciptaan anggota kumpulan New Boyz sendiri, selain turut memuatkan beberapa lagu dari pencipta lain seperti Taja, Aiman, Edry KRU dan Alfa Booty. Antara lain, Tomok yang turut menyumbangkan lima buah lagu ciptaannya untuk album tersebut, antaranya Cinta dan Lara Ini.

Selain lagu ciptaan Tomok, 12 lagu yang terkandung dalam album Semula Padaku dicipta oleh Alfa (dua buah) dan Zack, Zimi (Sofazr), Taja dan Edry (KRU) yang masing-masing menyumbangkan sebuah lagu.

Malah Edry yang mencipta lagu Kamu Bilang untuk kumpulan New Boyz sebenarnya memberikan kerjasama ulung kepada sebuah kumpulan kerana sebelum ini dia hanya menyerahkan lagu ciptaannya kepada penyanyi solo.[2]

Berkaitan